New love…past history…?

December 11th, 2007 by akf1221

New love…past history…?

            Semua orang ada kisah hidup masing-masing. Ada kisah yang gembira, ada yang kurang bernasib baik. Ada juga yang pernah mengalami zaman ‘kegelapan’, dan berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Bagi yang boleh meneruskan hidup dan positif, mungkin dapat melupakan kisah silam yang menakutkan. Tapi tak dapat dinafikan, ramai juga yang sentiasa dihantui sejarah hidupnya yang ‘gelap’, dan takut untuk meneruskan hidup, bimbang penerimaan orang ramai, bimbang terhadap masa depan sendiri. Maka, masing-masing merasakan bahawa sejarah hitam tersebut adalah lebih baik dirahsiakan dan dipadamkan sama sekali, supaya dapat meneruskan hidup tanpa rasa bimbang.

            Satu contoh adalah mangsa rogol. Bagi mereka yang tabah, mereka dapat meneruskan hidup, walaupun dihantui trauma dan mimpi ngeri setiap malam. Bagi yang merasakan masa depan mereka telah hancur, terjun bangunan, kain cadar yang dijadikan tali dan diikat di kipas syiling bilik tidur, ataupun racun tikus dirasakan jalan penyelesaian yang terbaik. Alhamdulillah, jika ada insan yang mereka temui dan mahu menjadikan mereka isteri yang sah. Tetapi, perlukah mereka memberitahu kepada pasangan yang baru sejarah hidup mereka yang lalu? Berapa ramai yang masih sanggup menerima mereka setelah menegtahui hakikat sebenar? Jika ada pun, adakah keluarga pasangan mereka sanggup menerima? Bayangkan setiap hari mereka menerima cemuhan ibu mertua yang bencikan menantu mangsa rogol, walaupun suami sanggup menerima semata-mata kerana rasa cinta yang mendalam (ataupun simpati sebenarnya?). Persoalannya, adakah mengetahui kisah silam pasangan masing-masing adalah perkara yang penting?   

            Mungkin ramai yang mengatakan apa yang telah berlaku jangan dikenang kembali, kita mulakan hidup baru, lupakan sejarah lama… Ayat standard. Tapi, adakah anda tiada sedikit pun keraguan untuk mengetahui adakah pasangan anda itu bekas penagih, bekas pelacur, bekas banduan, bekas bohsia bohjan?? Jika anda begitu yakin dengan pasangan anda dan pasti mereka ‘bersih’ daripada segala ‘kotoran’ tersebut, alhamdulillah… tapi, sanggupkah anda menghadapi risiko menghidapi HIV/AIDS hanya kerana rasa yakin tersebut ataupun sikap tidak ambil kisah anda itu?

            Mungkin persoalan di atas terlalu berat. Saya permudahkan sedikit. Bekas kekasih, bekas awek atau bekas pakwe pasangan anda sekarang. Adakah anda rasa anda perlu mengetahui sama ada pasangan anda sekarang mempunyai bekas kekasih? Siapa dia, kenapa mereka putus, berapa lama hubungan mereka dll.? Adakah penting semua itu? Ataupun sejarah keluarga pasangan anda, sama ada bakal ibu mertua / bakal bapa mertua pernah terlibat dengan jenayah atau tidak?

            Saya terbalikkan pula situasinya. Sekiranya anda yang mempunyai sejarah silam, sanggupkah anda menceritakan kisah hidup anda yang ‘gelap’ kepada pasangan anda sekarang? Anda tidak takut risiko kehilangannya setelah dia mengetahui segalanya tentang diri anda? Saya perlukan pendapat anda dalam hal ini. Apa yang ingin saya tegaskan adalah, adakah mengetahui sejarah hidup pasangan anda perkara yang penting?             

kawan makan kawan??

August 3rd, 2007 by akf1221

baru-baru ni aku terlibat dalam proses penggantungan 1 semester kawan baik aku… mungkin dia tersilap langkah, dan niat aku cuma mahu menyedarkannya. semoga dia tak mengulanginya lagi pada masa akan datang. tapi aku tahu dia bersedih, dan aku rasa terhukum sama… entah, kadang-kadang kita rasa kita cuba yang terbaik, tapi yang terbaik itulah yang mengguris hati. kadang-kadang kita rasa itulah yang terbaik untuk semua, tapi yang sebaliknya pula berlaku. mungkin cukup jika kita rasa apa yang kita buat tu betul, dan pandangan orang lain tak penting. tul ke?

seringkali orang salah sangka ngan tindakan kita. kita cuba berkongsi perasaan ngan orang lain, dikatanya kita suka mengadu, mengumpat hal orang lain. kita diamkan diri, dikatanya kita sombong, ego, tak campur masyarakat, bersalah dll. kita cuba mempertahankan diri, dikatanya kita menegakkan benang yang basah.

penting sangat ke pandangan orang lain ttg tindakan kita? atau cukup asalkan kita rasa kita buat perkara yang betul, pedulikan apa orang nak kata?

Maafkan aku…

September 19th, 2006 by akf1221

Assalamualaikum…

Semalam aku baru tau yg selama ni aku memang seorang yg teruk ..bukan la aku ni baik sgt, cuma tak sangka tahap keterukan aku da melampau (T_T)… Aku telah ‘dibasuh’ ngan bersih (harapnya) oleh seorang (2 sebenarnya) sahabat dalam satu kejadian yg melukakan hatinya… Maafkan aku!! Aku merasakan yg aku cukup hampeh-kenapa aku teruk sangat?? Aku telah menyebabkan dia menunggu satu jam lebih, sedangkan sepatutnya ia cuma mengambil masa 10 minit je…Dan ini bukan kali pertama aku melakukan perbuatan ini kepadanya… Dia cukup bersabar selama ini, tapi, mungkin kerana sayangkan aku sbg sahabat, dia telah ‘membasuh’ aku secara batin… Huhu, memang betul, aku lebih rela kena pukul, terajang, tempeleng dll drpd kena serangan psikologi, sbb impaknya lebih dalam… Tapi, mungkin cara inilah yg lebih berkesan…untuk aku

Aku memang seorang yg tak tau nak bahagi masa dan tak tau nak prioritize, mana yg lebih penting dan mana yg kurang penting… Aku bukan nak mengambil kesempatan atas kebaikan dan kesabaran seorang tu, cuma, aku tak tahu yg perkara tu sangat penting bagi seseorang… Betul kata orang, kalau la benda tu da kena kat batang hidung sendiri, baru padan muka… Aku selalu buat orang lain tertunggu-tunggu (kalau sekejap takpe lagi, ni lebih sejam da..) tanpa alasan yg kukuh yg boleh diterima akal…Huhu, aku sedar ini bukan kejadian pertama dan dia bukanlah mangsa pertama yg aku buat dia tertunggu2 selama lebih 1 jam… AKU MEMANG TERUK! Kepada insan2 yang pernah menjadi ‘mangsa’ aku, MAAFKAN AKU, aku banyak buat dosa pada korang sume… Aku akan cuba memperbaiki kelemahan ini… Dan kepada insan yg terlibat di atas, sekali lagi, MAAFKAN AKU, dan terima kasih kerana masih sudi bersahabat dengan aku yg teruk ni…Aku akan cuba bahagi masa betul2 pasni, aku akan cuba pentingkan hal2 yg melibatkan orang lain, walaupun hal itu hanya sekadar membeli makanan untuknya… Tolonglah nasihati aku sekiranya terlihat kekurangan pada diri ini.. (T_T)

Menyayangi @ disayangi?? (part 2)

September 2nd, 2006 by akf1221

Someone had made the problem more difficult!! Tapi itu situasi sebenarnya yg berlaku… (please refer blog sebelum ni k bg yg tak tahu asal usul masalah ni)kalau A sayang kat B n B sayang kat C… tapi kalau C tak layan… benda ni tak jadi masalah sgt sbb perasaan sayang tu leh dihilangkan dgn mudah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.Tapi kalau B sayang kat C n C pun bagi respon gak kat B. Itu yang timbul masalah… tul tak? Penyelesaian untuk B ialah tetap solat istikarah. Tapi… macam mane lak kalau,
A sayang kat B n memang nampak mcm pasangan bahagia, dalam masa yg sama B sayang pada C n si C pun sayang pada si B? Nampak kat sini macam elokla B dgn si C, sebab dua-dua saling sayang-menyayangi… tapi tak adil untuk si A sebab si A kenal n sayang pada si B dulu sebelum C. Tapi si C tak sanggup nak rampas si B dari A walaupun C tau B sayang C n C pun sayang B…
Hmm.. nak tambah lagi skit, B yang tersepit kat tengah2 skrg ni, merasakan yg dia sangat memerlukan kedua-duanya, kerana A dan C saling melengkapi hidupnya… Adus… Kalau B seorang lelaki, mungkin takkan ada masalah, sebab lelaki bleh je kawin lebih. Tapi kalau la B ni perempuan.. yg mana satu harus menjadi pilihan!! Okay, ramai yg reply wat solat istikharah, berdoa pada tuhan… ada plak yg reply ‘think with your brain, not with your heart’.. hmm, that’s another issue… Betul, tuhan adalah penyelesai segala masalah. Tapi perlu ada usaha daripada manusia itu sendiri… That’s what i’m seeking for! Tinggalkan A dan C , cari orang lain?? Atau ada solution yg lebih baik? Huhu… bestnya bagi masalah kat orang… Nway, thanks bagi yg da antar reply, i’m waiting for another comment

p/s: Afu, ko ni menggalakkan pertumpahan darah ek? adah, thanks sb bagi description masalah tu, wak memang nak explain camtu sebenarnya…

Menyayangi @ disayangi?

September 1st, 2006 by akf1221

Hidup ni segala-galanya berkaitan dengan membuat pilihan..Even dlm hal yg kecik sekalipun- eg: nak gi kelas ke tanak, nak pakai baju kaler apa dll. Apa lagi dlm hal2 besar, yg boleh merubah kehidupan, contohnya, pilihan utk hidup atau mati (suicide), memilih utk menjalani kehidupan ngan baik atau tidak, termasuklah, pilihan utk memilih pasangan hidup.. Ada sesetangah orang boleh berfikir secara rasional dan membuat keputusan ngan baik, ada plak yg memang tak tau nak wat pilihan (ramai je kwn2 aku yg tak tau nak memilih, hatta nak beli baju pun suruh org lain belikan) dan menyerahkan kpd org lain utk membuat keputusan bagi pihak dirinya. Susah ke nak wat pilihan?? mungkin kalau benda2 kecik, ok lagi, bleh mintak orang lain tlg decide… tapi kalau melibatkan kebahagiaan masa depan? Hmm..

Beberapa hari lepas, kawan aku bertanya, sekiranya aku ada 2 pilihan utk memilih pasangan hidup, yg mana satu akan aku pilih… contohnya, A menyayangi B sepenuh hati, dan mereka memang kelihatan seperti pasangan yg bahagia… padahal, B pada masa yg sama, menyayangi C, tanpa pengetahuan A. (Aku meletakkan diri aku di tempat B) Antara orang yg menyayangi aku, dan orang yg aku sayangi, siapa yg akan aku pilih?? Mungkin ada yg akan mengatakan B CURANG, mengkhianati kasih sayang A. Terutamanya apabila A dan B ialah suami isteri, dan pada masa yg sama si isteri menyayangi lelaki lain tanpa pengetahuan suaminya. Haram hukumnya…Isteri wajib mentaati suaminya..

Tetapi, jika belum berkahwin lagi? Siapa yg lebih baik utk dijadikan pasangan hidup? 2 insan yg sangat kita perlukan, tetapi bezanya, satu menyayangi kita, dan satu yg kita sayangi…Mungkin ada yg menganggap perkara ini remeh, tetapi jika pilihan inilah yg diberikan tuhan kpd kita… huhu tahniah… sila bagi komen anda.